Sunday, August 10, 2014

kerjaya vs kerjaya

Woot..Woot!!! berhabuk betol blog aku ni..nampak kan sesawang..FUUhhh~~ oke dah hilang. Lama aku xmenaip kat sini. sebelom konvo.. bulan 5? sekarang bulan 8. WOW! 
Maklumlah sekarang nie dah ada kerjaya..kerjaya lah sangat kan hehe. Macam mana leh terlintas untuk hapdet ni? Erm..sebab da lama xonline guna laptop..sedang asek menerjah youtube..kemudian beralih ke belog kak nemo baru teringat pasal blog ni.
Sebelom tu aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua kaum muslimin yang meraikan. Berbalik pada tajuk entri kat atas ni..kerjaya vs kerjaya? Hurm exceli kan..aku memang sekarang tengah bekerja, cuma sekarang ni cuti. isnin ni baru keje. Dan sebelom tu, aku tengah siapkan power point untuk present minggu depan, eh? Present apa lagi..kan dah konvo?
I think la kan, semua orang mungkin noticed or x tentang apa yang aku lakukan selepas konvo. Gaji pertama aku bermula sebagai seorang pendidik@guru@cikgu. Dan exceli jugak, aku dah jadi guru sebelom konvo lagi, cuma kontrak sebagai guru dah tamat dua minggu sebelom aku konvo. 
Tugas pertama aku sebagai guru di salah sebuah sekolah menengah di daerah kepala batas, memberi pengalaman baru dan tak dapat dilupakan. kerana apa? kerana itulah pertama kali aku berdiri didepan pelajar, depan manusia yang sebaya adik aku dan tugas ku bercakap dan mengajar didepan. Mujur masa tu aku cuma mengajar subjek matematik utk tingkatan 2 4 dan 5. Dan satu lagi sekolah tu sekolah pandai, so aku xperlu kuarkan banyak tenaga sangat. Kemudian setelah tamat perkhidmatan, sekali lagi aku diberi pengalaman baru untuk mengajar di sekolah menengah harian di kawasan sungai dua. kali nie subjek yang aku ajar adalah Akaun dan Geografi. Mula tu aku menghadapi masalah dengan subjek akaun, dimana aku lebih familiar dengan english, tetapi sekarang aku dah boleh biasakan dengan term melayu. Cuma masalahnya sekarang, pelajar akaun ni, xfaham! Xfaham dari mula..so aku menghadapi kesulitan sedikit. 
kemudian subjek seterusnya adalah geografi, memang senang, cuma bacaan. tapi nak menerangkan tu errrr..ada yang aku ok ada yang xok sangat. Sekolah yang paling mencabar adalah sekolah kedua ni. kerana faktor kenakalan muridnya dan kedua faktor subjek hahaha. but overall, i enjoy it :)

kenapa memilih bidang pendidikan? kenapa dulu xamik pendidikan? 
aku bukan xmau amik, tapi dah xleh masuk nak wat mcm mana :( sebab apa memilih pendidikan, sebab senang kot? tapi sebenarnya xda lah sesenang mana pon, time bz, memang bz. kadang aku xpaham pon apa yang sekolah kena buat. kalau dulu masa sekolah pertama, aku bebas. kali ni, aku rasa macam banyak kena involve macam2 aktiviti, pertama, mesyuarat, kedua uniform, ketiga fail panitia. buku rekod mengajar, buku kedatangan, yuran pibg, bla bla bla.. its something new to me.. and i getting love it. 
apepon, please doakan kejayaan aku didunia dan juga diakhirat :) ameen

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan