Saturday, January 28, 2012

Perkara Penting Wanita Harus Faham Lelaki


baik wanita mahupun lelaki kedua-duanya ingin dimengerti dan difahami antara satu sama lain. sesuatu pehubungan itu dikatakan 'mesra' andai setiap pasangan memainkan peranan penting untuk menjaga antara satu sama lain.. bg yang dalam or tidak dalam percintaan..check it out:)

18 perkara penting Wanita harus faham tentang LELaki:

1)jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki tidak boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.  note:mesti ada contra..baru best nk kenal2..heee

2) lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat(prihatin).

3)kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. note: dorang kdg xtahu pe yang kita rsa dlm ati,jgn tlalu mengharap okey ^_^

4)lelaki boleh menerima penolakan dengan baik. note:kalau girl..haishhh mcm kiamat je dunia ni..HeHe

5)lelaki cuba menonjolkan sikap kelelakiannya untuk menambat hati wanita.

6)Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.

7)Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!

8)lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita

9)Bila lelaki cakap.. "ermm..tengoklah dulu" itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang bersetuju.

10)Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus terang dan mengharapkan waniata memahami maksudnya.

11) Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

12)Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.

13)kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

14) betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang  teman wanita istimewa. Yang lain hanya kawan. note:betol ke?hurmmm

15)bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkan kesedihannya di depan orang. note:sokong!!they pretend as it doesn't happen..OMG

16)Bila seseorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint!Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.

17) Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

18) Kebanyakan lelaki ckup lemah dnegan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. note: Sebab itu dikatakan airmata senjata perempuan..HeHe

apepon lelaki bukanlah sempurna 100%. Jadi perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki!! mereka juga normal dan mempunya kelemahan... ye la tu.. :p

p/s: info facebook..tulisan tangan penulis..sekadar perkongsian :)
Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Wednesday, January 18, 2012

Fight For OPM

"ya Allah..sesungguhnya aku memohon padaMu ketakutan orang yang mengenalmu, ilmu orang yang takut padaMu, keyakinan orang yang bertakwa padaMu, harapan orang yang menyukaimu, dan ketakwaan orang yang rindu padaMU.. Ya Allah sesunguhnya aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengar dan amal yang tidak diterima...aminn"
berulang kali aku baca dan lafaz doa utk ketenteraman hati dan doa utk ilmu yang tidak bermanfaat..tp entah kat mana silapnya?..apa yang aku hafal sume xmasuk dlm kepala..
bak kata orang.. mencurahkan air ke daun keladi..seyes!! xmasuk langsung...
::persedian nak hadapi OPM mmg sangat2 killer compared paper laen.. 
::kawan2 lak duk psycho tnya ni tnya tu...sorry..xtau nk jawab sbb xhafal lagi.. :( 
::so aku tnya kat diri..ermm aku ada wat salah kat sapa2 ke? or aku ada hutang kat sape2 x?rsnya x.. nak call mak tp xckup kedit.. :(
::start kul 9pagi semalam aku baca n wat note semata2 nk bg familiar ngan ayat...ohh noo!!! xboleyh gak
malam lak..baca lagi..ade r dlm 4chapter xcover lagi.. then gap sejam lebih nk tengok drama pe nth..beshh..tp kejap je tengok then on9!HaHaHa....
::bila on9 ni fhm2 je la..sempat wat status lgi uhh...twit lagi..adesss..lagi xkene mara lagi tu la ngadap mende uhh... ;( 
::tepat jam 1.00am..ya Allah...xigt lagi..xhafal langsung..nk wat cma ne ni..xkn nk bgon kul 5 kot..so aku stay sampai kul 2.45am..i need sumone to advice me.. nk call sape? abg mizu?dah tdo.. shahiran?ermm da la xbape baek ngn dia.. ;( nak call tuan muda? segan la >_<.. so aku call abg nik..dia slalu minta nasihat aku..so y not dia lak nasihatkan aku skarang.. pot pet pot pet aku kata ati aku xtenang..n tingat seseorang.. then.dia kata..buka surah yasin..dgr,,insyaAllah..tenteram gak..

18/1/12     9.00am-12.pm ---------------------->exam!!!

xam tdi agak lancar...ada gak aku xigt..tp aku tulis jawpaan logik..heee..nth la..
sementara duk imagine2 uhh..ushar sorang pengawas peperiksaan..laki la.. muka nk iras cikgu shahrizam..nk iras shahrizal..n shahiran ckit..sume shah2... HaHaHa... tp hok ni segak ckit..HaHaHa..
nm dia mohd Fikri kot..ke fitri.. xpela..xpenting pon...

kuar dewan..xnak bincang pasal OPM..aku tahu pe yang aku wat..bia la orang nak bangga yang dia lupa,dia xigt..ala2 mcm kata leyh wat..>_< 

alhamdulillah..lepas gak xam tdi..kita tgu lak jumaat esok lusa..FIN426 im coming.. (─‿‿─)

p/s: thanks wat abg nik sbb bg nasihat..n wat tuan muda..thanks too sbb suh study.. 

(\__/)
(>'.'<)
(")_(")




Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Monday, January 16, 2012

kerana dirimu begitu berharga

antara kilauan permata dan debu-debu pasir, yang mana satukah pilihan kita? pilihlah permata kerana ia sangat berharga dan tinggi martabatnya. wanita seperti permata, diciptakan oleh Allah dengan 1001 kecantikan. Namun, kecantikan itu perlulah disimpan sebaik-baiknya, jangan biarkan diri dianggap seperti debu-debu pasir yang berkilau ketika dipanah sinaran matahari, biarpun cantik, tapi ia dipijak begitu sahaja. Jagalah aurat dan kecantikanmu kerana ia sangat mahal dan jangan sesekali biarkan dirimu menajdi murah.
alangkah indahnya jika semua kaum Hawa tahu akan azab-azab yang bakal dihadapi sekiranya mereka tidak mengamalkan suruhanNya. Bukan sekadar 'tahu', tapi juga berusaha untuk menjadi 'cantik; pada pandangan Allah. Berusahalah menjadi bidadari dan penghuni SyurgaNya.

"jika kamu sayang wanita-wanita yang hadir dalam hidupmy, berilah peringatan kepada meraka, agar SyurgaNya yang hakiki dapat kita miliki bersama-sama..."

Assalamualaikum wbt...
selamat pagi dunia dan selamat pagi Cinta.. Apa khabar cinta pagi nie? masih tido ke?heee.. berbalik kepada entry aku, kerana dirimu begitu berharga.. well dicni aku ingin tekankan..no motif! HaHaHa... semalam merupakan malam yang agak EMO bagi diri ku, dan bila aku bangun pagi ni jah, aku hilang ingatan pada kemarahan aku semalam. apepon penutup untuk semalam memang besh... 
aku hanya seorang gadis biasa with full of love.. yang ingin dimengerti difahami dan dihargai.. Manja? yee,,mungkin cikit..gedik? xjugak tp aritu bila aku bercakap ngan ku abie..dia kata '..ni apesal tiba2 wat gedik ni.." HaHaHa.. ermm suara kot.. i like to be my self..i talk whenever i want to talk...i'm always miss all my fwens.. i really dun take to what others talk bad about me..because i am what i am that they could never be..and no body perfect~!!!! i u wanna be my boy...treat me as well,nice,love caring, yang penting SABAR!! sebab ye lah aku ni kurang ckit kesabaran uhh..ok aku suke cemburu..if xda pape memang aku xkan cemburu..err hello..xkan la aku nak jeles xmenentu kowt...so be happy 6_^

‎'Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hendaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyiksaan~

Doaku hari ini: Tuhan, maafkan aku jika sering mengeluh. Bimbinglah aku untuk selalu bisa bersyukur atas rahmatMu." -ekhlas Cik Muda Ros Ritsu :)"



Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Sunday, January 15, 2012

cantiknya seorang WANITA

`gambar hiasan`


cantiknya seorang Wanita itu sebagai seorang gadis
bukan kerana merah kilaunya lipstik pada bibir senyum kosmetik

cantiknya seorang wanita itu sebagai remaja
tidak pada kulit mulus menggebu terdedah


cantiknya seorang wanita itu sebagai hawa
bukan kerana bijak meruntuh iman kaum Adam


cantiknya seorang wanita itu sebagai anak
tidak menjerat diri kepada kedurhakaan


cantiknya seorang wanita itu sebagai isteri
merempuh badai disisi suami


cantiknya seorang wanita sebagai menantu
menjauhi persengketaan ipar lamai


cantiknya seorang wanita itu sebagai ibu
membuai anak kala suami menjalin mimpi


cantiknya seorang wanita itu sebagai mertua
telus hati mengagih kasih setara pada semua


cantiknya seorang wanita itu sebagai nenek
menjaring teladan para anbiya' buat cucu cicit


cantiknya seorang wanita sebagai warganegara 
peka membela nasib maruah negara


Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Friday, January 13, 2012

surat untuk Calon Suamiku


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ke hadapan calon suamiku...
apa khabarnya imanmu hari ini? sudahkah harimu ini diawali dengan rasa syukur kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini? Sudahkah air wuduk menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang ketika ini sedang engkau genggam?

wahai calon suamiku...
tahukah engakau betapa Allah sangat mencintaiku dengan dahsyatnya? Di sini aku diltih untuk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak menyikapi sebuah kehidupan dan sedia menghampiri, namun kini kurasakn diri ini lebih baik.
kadang-kala aku bertanya-tanya, mengapa Allah selalu mengujiku tepat di hatiku. Bahagian terlemah diriku, namun aku tahu jawapannya. Allah tahu di mana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingati-Nya, kebali mencintai-Nya. Ujian demi ujian insyaAllah membuat aku menjadii kuat sehingga ketika kelak kita bertemu, engkau berbangga memiliki aku di hatimu, meneman harimu..
calon suamiku...
entah dimana dirimu sekarang. tetapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana ia mencintaiku. Aku yakin Dia kini sedang melatihmu menjadi mujahid yang hebat, hingga aku bangga memilikimu kelak. Semoga sama halnya dengan dirimu. Kerana apabila kecantikan yang engku harapkan daripadaku, hanya kesia-siaan yang engkau dapatkan.
wahai calon suamiku...
aku ini seorang pencemburu. tetapi kalau Allah dan Rasulullah lebih engkau cintai daripada aku, aku rela. Aku harap begitu pula dirimu.
pernah suatu ketika aku membaca sebuah kisah; "aku minta pada Allah setangkai bunga segar, Dia memberiku kaktus berduri. Aku minta kepada Allah haiwan yang kecil dan cantik, Dia memberiku ulat bulu. Aku sempat merasa kecewa. Betapa tidak adilnya dunia ini.
 namun kemudian kaktus itu berbunga indah. Dan ulat pula berubah menjadi kupu2 yang sangat cantik. Itulah Allah, Dia tidak memberi apa yang kita inginkan tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan.
kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. meski bukan umat yang terbaik, tetapi setidaknya menjadi yang terbaik di sisimu kelak.

Calon suamiku...

inilah sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kata. seperti kata orang, tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata. itulah yang kuhadapi kini. kelak bila kita bersama, di situlah engkau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu...

hidup ini indah bila engkau selalu hadir disisiku setiap waktu, hingga aku hembuskan nafas yang terakhir..

wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh 

Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Saturday, January 07, 2012

lelaki pilihan wanita

assalamualaikum wbt ^_^

ucap selamat sbb berjaya menjawab paper MGT tdi..soalan xtahu senang ke susah..susah lau kita xbaca n xigt..wallahualam..kita berdoa jah..menyusul lak nnt paper 0n 1o/jan/2012.. chayok!!!

LELAKI PILIHAN WANITA..


semalam aku ada post pasal lelaki pilihan...give credit yang nyokong ,kaki like,kaki komen n xlupe gak kaki sumbang yang xpercaya aku or girl skrg ni..huhu #sabarjela
nampak? ehh betol pe aku maksudkan.. :) 

ape senarnya lelaki pilihan wanita ni:
org bijak cerdik kata...lelaki pilihan adalah lelaki yang berkeyakinan,romantik, bertimbang rasa, artistik, gentleman, berani, tidak mengongkong, permbersih, bertanggungjawab, dan utama..beriman!!!

tapi yang sebenarnya... ciri2 lelaki pihan adalah seperti:

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya

2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama
3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup
5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran
6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan-amalan sunat
7. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukan sesuatu
8. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela
9. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik
10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf
11. Berhemah tinggi dan cermat
12. Sentiasa tenang dan waspada
13. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isteri


Lelaki Pilihan Wanita

01. Bersifat pelindung dan bertanggungjawab
02. Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang
03. Berpendirian teguh
04. Bersikap terbuka dan matang
05. Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita
06. Mempunyai sifat kepemimpinan.
07. Boleh berbincang dan berterus terang
08. Penyabar
09. Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan jelas
10. Cerdik dan bijaksana
11. Peramah dan mesra
12. Kerjaya yang terjamin
13. Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.


kesimpulannya: no body perfect..


Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Thursday, January 05, 2012

kurelakan kau pergi ALLY ISKANDAR

comei kan? ^_^


hye assalamualaikum...
selamat pagi..
well arini aku bangon awal yer..
sebb study punya pasal..xam huhu
pepon pagi2 kita bukak facebook dlu..
semalam aku sedey..pagi ni lgi sedey..

ape x nye.. ade satu link
Ally Iskandar-Farah lee nikah 20jan ni????
#for more news...read sendiri k
tahu x sape ally iskandar???huhu
pengacara kecik tb3 tu r..
da lama dia minat aku...hahha
tajuk pon xley blah..kurelakan kau pergi.. >_<

xpela..dah sampai masa dia an..
harap bahagia.. :)
sape farah lee ni?


pepon..harap korang bahagia..insyaAllah.. amin,,, (",)


Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Monday, January 02, 2012

Final examku!!!

assalamualaikum wbt n selamat pagi..


hyep ~_~ korang.. feeling good today?
arini 2 januari 2012...1st nk ucap hepi besday uat housemate aku sarah kimura, cute orangnye tau..sape nak add..sila lah.. :) n also to my batch, azlan fahmi@cik lan.. dia ni rakan sekelas masa aku diploma dlu..xtahu la da ade awek ke lom..nak tahu korang tanya dia k.. hehe.#promosi lak an..HeHeHe..

well arini mak n akak aku paksa aku balik Uitm!!!
sbb xam aku stat 7hb..lmbat lagi an..hehe..
boring kowt lau balik awal2..
Ape? baca buku? hurmm..tasuke la bab baca2 ni..
aku lebey suke mengira..

satu sebab lagi..dorang paksa sebab aku asek on9..
bukan on9 wat ape pon..aku kasik update n upgrade belog aku yg xbape cantik ni haa..
yela...mak mana yg xwisau anak dia maen2 dr belajar..
n mak aku xkasik aku bawak balik broadband..
wow..im gonna mish my on9 fwenss...huaaarghhhhhh :(
nak sorok2 berukband leyh x..HeHeHe..nakal taw.

ape pon..doakan kejayaan saya menjawab xam yerk...!!!
good luck to me..
(^_*)v


Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan

Sunday, January 01, 2012

Pembukaan Jendela 2012

assalamualaikum wbt...dan salam sejahtera ---->--|<@

first of all: aku nak kongsi pengalaman tengok bunga api
semalam dalam kul 11.. ouchh HELLO uolls~!!! aku xsambut wokey..juz g tengok je..sbb bukan ari2 berpeluang nak tengok munge hapi an..
aku , kak aida, mak and adik firah
bunga api percik .-<
ala..kitorang g kat RnR Bagan ajam tu je..(lagi best lau dapat g padang kota)
seawal 11.15tgh mlm kitorang sampai..ramai giler!!!walopon xramai macam sambutan dekat dataran shah alam,80,00 or kat I-city 5,000.. tapi kitorang ni warga luar..xkn nak terjah sana kowt an..
yang g ngn family,yang couple,yang gang pon gang..huhu..aku je ngn family...hahha ok le tu
tepat kul 12..mula la percikan bunga api uhh,.adela dlm 5minit..amik video,snap sana sni..
mak kata "lim guan eng ni kedekut, kenapa xtunjuk bunga api satu jam" HaHaHa
nk upload video..cam malas lak..pic pon gelap..maklumla bukan camera dsL.. wekk
orang ramai pon ade gak yang bersorak..epy new year!!!!



ada ape senarnya ngan new year nih? orang duk cakap pasal azam..sape azam?
xdenya azam2..ni la aku panggil impian..cita2..long term goal..
tapi semalam aku dah catat azam aku 2012..aku pon 2x5 ja ngn azam..wekkk
ade byk senarnya aku nk capai..
tp aku kecikkan...mcm pic kat bawah ni haa...


okies x?hahha.. thanks pada yang memberi respon.. nak capai ade la kebarangkalian..lau usaha mesti leyh kot..
yang no 3 tu..aku pon xpasti dpt ke x..ade yang kata aku gatai..aduyaiii...
ok la tu aku letak enggaged..lau letak married or nk ada bebi..lagi terok..>_*

ape yang aku nak cakap pasal 2012..
bagi aku sendiri, semakin melangkah kedepan,lagi banyak senarnya yang kita akan tempuh
dan lagi banyak yang kita kena tanggung termasuklah dosa pahala diri kita..
disinilah kita akan berhadapan dengan kejayaan dan kegagalan, kegembiraan dan kesedihan, jatoh dan bangon...
tapi bijak pandai penah kata..
"kejayaan itu tidak diukur dari posisi yang dicapai seseorang dalam hidup, tetapi kesulitan kesulitan yang berjaya diharungi ketika beusaha meraih kejayaan itu"
" gagal sekali tidak bermakna kita gagal selamanya"
so,apepon yang berlaku jangan cepat berputus asa.. cakap kat diri sendiri gak :) kalau nak nanges tu, nangeslah puas2..ok aku memang selalu simpan dihati..tapi sampai satu saat, bila xtertangung,aku lepaskan jugak sume tu :) then baru pk penyelesaiannya..
"ketika satu pintu tertutup, pintu lain terbuka. Namun terkadang kita melihat dan menyesali pintu tertutup tersebut terlalu lama hingga kita tidak melihat pintu yang telah terbuka"
 persoalannya, sudah bersediakah kita untuk menghadapi hari2 mendatang?

selamat datang 2012!!!

i love my family,my fren and of course i love ISLAM.
and also wish me gud luck in final exam from 7th jan till 22nd january 2012

peace (^_*)v

p/s: pada yang melukakan..thanks a lots>_< u buy n u'll pay for dat
       n pada yang terluka..saya mohon maaf..dimaafkan or x..tu sume laen cite :)





Ya Rabb..jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,berikanlah kepadaku keyakinan bahwa TakdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan